w a n n u r s y a r i f a h

MENDIAGNOSA KANSER PANCREASE


Masalah terbesar barah pankreas adalah ia hanya dikesan pada peringkat serius. Ketika
pembedahan dilakukan, ia sudah tidak berguna lagi. Akibatnya, pakar perubatan tidak dapat
mengeluarkan kanser dari tubuh pesakit. Sehubungan itu, isu utama dalam kebanyakan rawatan
barah pankreas ialah untuk mengesan barah berkenaan seawal mungkin.

Apabila pesakit mengadu sakit pada bahagian abdomen, ia harus disiasat segera.
Merujuk kes terbaru , seorang pesakit rakyat Belanda menjalani ujian imbasan CT pada abdomen
iaitu antara kaedah terbaik untuk menyiasat dan mengesan barah pankreas.

Tetapi teknik ini kurang berkesan untuk mengesan barah di peringkat awal, lebih-lebih lagi ketika
tumor masih kecil. Hanya selepas tumor membesar lebih dari dua sentimeter, imbasan CT mampu
mengesannya. Sayangnya, ketika itu sudah terlambat untuk pembedahan.

Pesakit bagaimanapun sangat bernasib baik apabila tumor yang ada pada pankreas dikesan melalui
prosedur dikenali sebagai endoscopic ultrasound. Prosedur ini membabitkan rawatan skop seperti
biasa di mana pesakit tidak perlu bermalam. Melalui kaedah ini, pesakit diletakkan dalam keadaan
tidak sedarkan diri ketika skop dilakukan. Pada masa sama, sampel tisu diambil untuk tujuan
biopsy. Pesakit dibenarkan pulang sebaik prosedur berakhir.

Prosedur ini memberikan banyak maklumat. Ia dapat mengesan sebarang tumor mahupun
ketumbuhan yang tidak dapat dikesan imbasan CT kerana ia terlalu kecil. Saya juga dapat
mengkelaskan barah mengikut peringkatnya dan terus mendapatkan sampel tisu.

sumber- Dr Zubaidi Hj Ahmad
0 Komentar untuk "MENDIAGNOSA KANSER PANCREASE"

Popular Posts

Back To Top