w a n n u r s y a r i f a h

KRISIS DI MESIR



Apa yang berlaku di Mesir kini sangat menyedihkan. Dikhabarkan ribuan rakyat Mesir yang
menyertai perhimpunan pro Morsi telah dibunuh dengan kejam oleh pasukan Keselamatan
mereka sendiri. Sehingga hari ini, tiada tanda-tanda akan berlaku kebangkitan bersenjata di
kalangan rakyat Mesir sendiri seperti di Syria dan Libya.
Ini adalah kerana, pertelagahan melibatkan dua kumpulan sunnah yang semazhab, walaupun
pihak tentera jelas mendukung fahaman sekular. Bantuan daripada US untuk pendukung pro
Ikhwanul Muslimin juga boleh dikatakan mustahil kerana jelas tindakan luar batas
kemanusiaan oleh tentera Mesir bermula semalam adalah bagi memenuhi ultimatum US sendiri
untuk menamatkan revolusi dan bantahan rakyat secepat mungkin bagi:
1) Mengekalkan kestabilan semenanjung Sinai (Israel) dan Suez
2) Dan untuk mengelakkan bantuan ketenteraan yang bernilai billion USD kepada tentera Mesir
dihentikan.

Malah, Arab Saudi/Qatar/UAE juga tidak dapat berbuat apa-apa bagi mewujudkan
keseimbangan kuasa kerana masalah fahaman/mazhab selain tekanan daripada sekutu US
sendiri.
Hanya doa yang dapat kita panjatkan kepada rakyat Mesir agar Allah SWT memberikan
penyelesaian yang terbaik untuk mereka. Kepada rakyat dan para pelajar Malaysia di sana,
tolong jauhkan diri dan jangan sesekali terlibat dalam perhimpunan anti Kerajaan ini.
Keselamatan dan masa depan anda semua adalah lebih penting walau anda semua merasa
sedih dan kecewa atas apa yang berlaku di sekeliling anda. Insya Allah, pihak Kerajaan akan
sentiasa memantau situasi semasa dan merancang langkah membawa pulang yang sebaiknya
dalam tempoh terdekat.
Ingatlah, segala apa yang terjadi ini adalah petunjuk daripada Allah SWT dan ada pengajaran
di sebaliknya. Hargailah nikmat keamanan yang kita kecapi selama ini.
Kenyataan terkini YAB PM DS Najib Razak berhubung konflik di Mesir:
"Kami dikejutkan dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir dan
menyeru pihak berkuasa untuk membataskan tindakan.
Mana-mana korban awam adalah amat dikesali. Kami menggesa semua pihak untuk
menghentikan permusuhan dengan serta-merta dan bekerja ke arah penyelesaian yang aman
."
- Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sumber

Tag : MESIR
0 Komentar untuk "KRISIS DI MESIR"

Popular Posts

Back To Top