w a n n u r s y a r i f a h

KHALIFAH ISLAM


KHALIFAH ISLAM


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi".
Mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-
bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya".(surah al-baqarah ayat 30)

KHALIFAH ISLAM
SIRI 1

Assalamualaikum..nim permulaan tuk artikal khalifah islam..mari baca dgn lebih lanjut..

ﺍﻟﺤَﻤْﺪُ ﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻱْ ﺃَﺭْﺳَﻞَ ﺭَﺳُﻮْﻟَﻪُ ﺑِﺎﻟﻬُﺪَﻯ ﻭَﺩِﻳْﻦِ ﺍﻟﺤَﻖِّ ﻟِﻴُﻈْﻬِﺮَﻩُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﺪِّﻳْﻦِ ﻛُﻠِّﻪِ ﻭَﻟَﻮْ ﻛَﺮِﻩَ ﺍﻟﻤُﺸْﺮِﻛُﻮْﻥَ
ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥَّ ﺳَﻴِّﺪَﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪًﺍ ﻋَﺒْﺪُﻩُ ﻭَﺭَﺳُﻮْﻟُﻪُ ﺍﻟﻠّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻭَﺳَﻠِّﻢْ ﻭَﺑَﺎﺭِﻙْ ﻋَﻠﻰَ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ
ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻭَﺃَﺻْﺤَﺎﺑِﻪِ ﻭَﻣَﻦْ ﺗَﺒِﻌَﻬُﻢْ ﺑِﺈِﺣْﺴَﺎﻥٍ ﺇِﻟَﻰ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳْﻦِ …ﺃَﻣَّﺎ ﺑَﻌْﺪُ ….
ﻓَﻴَﺎ ﻋِﺒَﺎﺩَ ﺍﻟﻠﻪِ ! ﺍﺗَّﻘُﻮْﺍ ﺍﻟﻠﻪَ ﺣَﻖَّ ﺗُﻘَﺎﺗِﻪِ ﻭَﻻﺗﻤَﻮُْﺗُﻦَّ ﺇِﻻ ﻭَﺃَﻧْﺘُﻢْ ﻣُﺴْﻠِﻤُﻮْﻥَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-
benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-
sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali Imran :
ﻭﻛﺄﻳﻦ ﻣﻦ ﻧﺒﻲ ﻗـﺘﻞ ﻣﻌﻪ ﺭﺑﻴﻮﻥ ﻛﺜﻴﺮ ﻓﻤﺎ ﻭﻫﻨﻮﺍ ﻟﻤﺎ ﺃﺻﺎﺑﻬﻢ ﻓﻰ ﺳﺒﻴﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻣﺎ ﺿﻌﻔﻮﺍ ﻭﻣﺎ
ﺍﺳﺘﻜﺎﻧﻮﺍ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﻳﺤﺐ ﺍﻟﺼـﺒﺮﻳﻦ
Maksudnya : Dan berapa ramaikah para nabi yang berperang sedangkan bersama mereka
sejumlah besar daripada pengikut yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana
bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan tidak pula menyerah
kepada musuh. Allah menyukai mereka yang sabar.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Khalifah atau pemimpin merupakan suatu jawatan yang penting dalam menjaga
amanah dalam menguruskan urusan dunia dan menjaga kesucian agama. Oleh itu sejarah
Islam pernah menyaksikan bagaimana pada hari kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu pada hari
Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah maka pada hari tersebut jugalah umat Islam begitu
sibuk dalam menyelesaikan masalah perlantikan khalifah. Kewafatan nabi disebabkan sakit
tenat kesan daripada memakan kambing yang dibubuh racun oleh seorang perempuan
yahudi di Khaibar di mana disebabkan masalah perlantikan khalifah menyebabkan jenazah
nabi yang mulia terpaksa dikebumikan pada keesokan harinya iaitu Selasa malam Rabu di
bilik Siti Aisyah bertepatan dengan sabda nabi yang menyuruh agar disemadikan jasadnya
di tempat baginda wafat disamping mimpi Siti Aisyah di mana dia melihat 3 biji bulan jatuh
ke biliknya dan Sayyidina Abu Bakar menyatakan bahawa mimpi itu menunjukkan
bagaimana tiga orang manusia yang mulia akan dikebumikan di bilik Siti Aisyah antaranya
yang paling mulia ialah Rasulullah s.a.w diikuti Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar.
Sidang Jumaat yang dihormati,
Pertemuan dalam melantik khalifah selepas kewafatan nabi telah diadakan di
Saqifah Bani Saadah iaitu dewan mesyuarat yang terletak berhampiran dengan Masjid
Nabawi. Pada mulanya perhimpunan ini tidak diketahui oleh kaum keluarga nabi dan tokoh
Quraisy sehinggalah ada 2 orang sahabat datang memberitahu bahawa adanya suatu
perhimpunan penting di situ. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar bergegas ke sana
dan mendapati keputusan perlantikan belum dibuat disebabkan timbulnya pertikaian di
kalangan kaum Aus seramai 70 orang yang tidak bersetuju dengan perlantikan Saad bin
Ubadah daripada kaum Khazraj sebagai khalifah. Mereka mengakui bahawa Saad bin
Ubadah merupakan seorang yang layak bagi memikul amanah yang berat ini
memandangkan beliau merupakan seorang yang banyak berbakti kepada Rasulullah s.a.w,
bijak dalam pengurusan, seorang yang terkenal serta pernah ditugaskan menjaga kota
Madinah sewaktu rombongan ke Abwa’. Malah beliau diriwayatkan orang yang layak dan
terpilih dalam memimpin Madinah jika Rasulullah s.a.w tidak berhijrah ke Madinah sebelum
ini.
Pelbagai pandangan dilontarkan bersama dengan hujah masing-masing di mana
antara cadangan ialah agar perlantikan khalifah di pilih daripada kalangan Ansar
memandangkan merekalah anak tempatan yang memberi perlindungan dan bantuan kepada
Rasulullah s.a.w dan para muhajirin yang datang dari Mekah. Manakala Sayyidina Abu
Bakar pula mencadangkan agar jawatan khalifah ini diberikan kepada orang Quraisy
berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Khalifah hendaklah
dipilih daripada kaum Quraisy yakni muhajirin. Di samping itu alasan Sayyidina Abu Bakar
lagi bahawa kaum Muhajirin merupakan golongan pertama memeluk Islam tanpa menafikan
bakti dan segala jasa yang telah dihulurkan oleh golongan Ansar dari kaum Aus dan
Khazraj. Beliau menambah lagi bahawa jika jawatan itu diserahkan kepada golongan Ansar
maka ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Islam kerana golongan Ansar
terdiri daripada dua suku kaum yang terbesar dan terpengaruh di mana sudah pastinya
akan timbul peristiwa perpecahan antara keduanya sebagaimana sebelum kedatangan Islam
disebabkan tidak puas hati dengan perlantikan salah satu daripada kedua kaum tersebut
sebagai khalifah.Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakar lalu Hubab bin al-Munzir dari
kaum Khazraj bangun mencadangkan agar dua orang khalifah dilantik iaitu seorang
daripada golongan Muhajirin dan seorang lagi daripada golongan Ansar. Sayyidina Umar
menolak cadangan ini kerana dua orang ketua tidak boleh memimpin dan mentadbir sebuah
negara di mana perselisihan faham antara keduanya sering berlaku yang membawa kepada
keruntuhan negara.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Pertikaian menjadi bertambah hangat sehinggalah Sayyidina Abu Bakar tampil
menenangkan suasana dan menyejukkan perasaan golongan Ansar dengan kata-katanya :
Kami adalah Umara’ (ketua) dan kalian adalah Wuzara’(menteri pembantu). Kata-katanya ini
disokong oleh Saad bin Ubadah dan kemudiannya Sayyidina Abu Bakar memberikan nama
cadangannya iaitu Sayyidina Umar dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai calon untuk
dilantik sebagai khalifah. Walau bagaimanapun Sayyidina Umar dengan pantas mengangkat
tangan Sayyidina Abu Bakar dan membaiahnya atau janji setia terhadap perlantikan
Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah. Beliau telah berkata : ” Demi Allah! aku lebih suka
dibawa ke hadapan lalu ditebas leherku tanpa dosa daripada diangkat sebagai pemimpin
suatu kaum di mana terdapat Abu Bakar”. Setelah mendengar kata-kata Sayyidina Umar lalu
semua yang hadir terus membaiah Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah tanpa pertikaian
lagi termasuk Saad bin Ubadah. Sayyidina Ali sendiri telah memberi baiah untuk kali
pertama kepada perlantikan Sayyidina Abu Bakar pada hari Selesa keesokannya sebelum
memberi bai’ah untuk kali kedua 6 bulan selepas itu iaitu selepas kewafatan isterinya Siti
Fatimah yang juga merupakan salah seorang puteri nabi. Di sini kita dapat lihat bagaimana
cermat dan berhati-hatinya umat Islam dalam memilih khalifah kerana ia bersangkutan
dengan akhirat bukan sebagaimana dakwaan golongan sekulerisme yang memisahkan
antara pemerintahan dan agama. Pemisahan antara urusan dunia dengan akhirat
menyebabkan dunia huru-hara dan kezaliman bermaharajalela.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sayyidina Abu Bakar memiliki kelayakan untuk menjadi khalifah. Rasulullah s.a.w
sendiri sering memberikan kepercayaan kepada beliau antaranya tentang persetujuan
baginda terhadap pandangan beliau sewaktu menyelesaikan kes tawanan perang Badar,
keduanya Sayyidina Abu Bakar telah diberikan kepercayaan dalam mengendalikan urusan
haji ke Mekah pada tahun 10 Hijrah dan beliau juga berperanan sebagai imam solat
menggantikan baginda pada 11 Hijrah sewaktu baginda uzur. Pernah suatu hari Sayyidina
Umar menjadi imam apabila diminta kerana Sayyidina Abu Bakar tidak kelihatan yang
menyebabkan Rasulullah s.a.w yang sedang sakit apabila terdengar bukan suara Sayyidina
Abu Bakar menjadi imam lalu baginda menyatakan rasa tidak puas hati. Malah nabi juga
ada menyebut tentang kelebihan Sayyidina Abu Bakar termasuk dalam khutbahnya yang
terakhir.
Sayyidina Abu Bakar ketika mula-mula dilantik menjadi khalifah lalu beliau
menyampaikan ucapan antaranya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik
dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan
kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar
itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu
merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta
memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang
lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu
taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah
dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.
Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana pimpinan mestilah telus dan terikat
dengan perundangan sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata bukannya
pemimpin kebal daripada sebarang perundangan yang menyebabkan kezaliman berleluasa.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Sayyyidina Abu Bakar turut menyatakan bahawa penerimaan terhadap jawatan
khalifah itu adalah kerana umat Islam bersepakat membai’ahnya dan kebimbangannya jika
berlakunya fitnah dan murtad jika beliau menolak bai’ah tersebut. Perkara ini menunjukkan
bagaimana pentingnya khalifah untuk mengurus urusan dunia dan menjaga amanah agama
bukannya pimpinan itu untuk mencari kekayaan dunia sehingga timbulnya politik wang,
rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Sebab itulah ulama’ hari ini mula menerima
kembali jawatan sebagai pimpinan apabila golongan pemerintah sebelum ini ramai yang
mengkhianati amanah dan memerangi agama walau pun beragama Islam sehingga ramai
ulama’ yang dibunuh. Penerimaan jawatan ini bukan kerana mahu kemewahan tetapi bagi
memastikan amanah agama ditunaikan dengan sebaiknya menurut kehendak Allah dan
rasulNya.
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:
ﻳﺎﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺀﺍﻣﻨﻮﺍ ﺇﻥ ﺗﻄﻴﻌﻮﺍ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﻛﻔﺮﻭﺍ ﻳﺮﺩﻭﻛﻢ ﻋﻠﻰ ﺃﻋﻘــﺒﻜﻢ ﻓﺘﻨﻘﻠﺒﻮﺍ ﺧــﺴﺮﻳﻦ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir
nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu
orang-orang yang rugi.
ﺑَﺎﺭَﻙَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻟِﻲْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ ﻓِﻲ ﺍﻟﻘُﺮْﺁﻥِ ﺍﻟﻌَﻈِﻴْﻢِ ﻭَﻧَﻔَﻌَﻨِﻲ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻛُﻢْ ﺑِﻤَﺎ ﻓِﻴْﻪِ ﻣِﻦَ ﺍﻵﻳَﺎﺕِ ﻭَﺍﻟﺬِّﻛْﺮِ ﺍﻟﺤَﻜِﻴْﻢِ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞَ ﻣِﻨِّﻲ ﻭَﻣِﻨْﻜُﻢْ
ﺗِﻼﻭَﺗَﻪُ ﺇِﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺍﻟﺴَّﻤِﻴْﻊُ ﺍﻟﻌَﻠِﻴْﻢُ ﻭَﺍﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠﻪَ ﺍﻟﻌَﻈِﻴْﻢَ ﻟِﻲْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ ﻭَﻟِﺴَﺎﺋِﺮِ ﺍﻟُﻤْﺴِﻠِﻤْﻴﻦَ ﻭَﺍﻟﻤُﺴْﻠِﻤَﺎﺕِ ﻭَﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ
ﻭَﺍﻟﻤُﺆْﻣِﻨَﺎﺕِ ﻓَﺎﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭْﻩُ ﻓَﻴَﺎ ﻓَﻮْﺯَ ﺍﻟﻤُﺴْﺘَﻐْﻔِﺮِﻳْﻦَ ﻭَﻳَﺎ ﻧَﺠَﺎﺓَ ﺍﻟﺘَّﺎﺋِﺒِﻴْﻦ
0 Komentar untuk "KHALIFAH ISLAM"

Popular Posts

Back To Top