w a n n u r s y a r i f a h

KAPAL TERBANG


Assalamualaikum semua.entry kali nim nak cerita pasal kapal terbang.anda tahu tak rupa bentuk kapal terbang dulu2...huhuhu mari tengok ...


CANTIKNYA


WIEY ^_^


MENDARAT SELEPAS KELETIHAN TERBANG HIHI



DAN SEBELUM ITU...MARI BACA

Pencipta Kapal Terbang Adalah Org Islam

Abbas Ibn Firnas atau nama penuhnya Abbas Qassim Ibn Firnas dilahirkan pada tahun 811 M
dari keturunan Berber di Sepanyol. Menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta
planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibn Firnas mendahului dunia penerbangan seribu
tahun sebelum the Wright Brothers. Seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Ibn
Firnas mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen
Firman terbang dari menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk
melambatkan kelajuannya (penemuan payung terjun). Dia terselamat dengan kecederaan
ringan, dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya. Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn
Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan me;laying turun dari menara.
Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya.
Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan
bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada
ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Ibn Firnas mencipta
planetarium mekanikal dengan planet-planet yang berputar. Dia juga membuat simulasi guruh
dan kilat. Ibn Firnas menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang
dikenali sebagai Al-Maqata.
Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir. Dia menghasilkan rantaian cincin
yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia juga memajukan
proses bagi memotong kristal batu. Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada
usia 77 tahun Libya mengeluarkan setem sebagai memperingatinya.
Iraq membina memorial batu bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan
namanya. Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya. Binaan ukiran
memorial batu Abbas Ibn Firnas dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ibn
Firnas di Baghdad, Iraq.


ADA SESIAPA NAK NAIK SINGAPORE AIRLINES?

Asalnye saie nk buat artikal tuk singapore airlines nim.tapi memandangkan dya nim macam biskut,so saie buat artikal biskut chipsmore!hehehe lantak dya,saie dok tunggu lame da nim.macam chipsmore kejap ada kejap tak da.


CHIPSMORE

So kalau nak tahu ape yg chipsmore nim nak kempen,
klik chipsmore nim

Tapi kalau link tu tak berfungsi,klik saja di iklan chipsmore yang ada di blog saie nim or search di web.

Sekian entry chipmore saie... ^_^

2 Komentar untuk "KAPAL TERBANG"

Umat Islam sememangnya dianugerahkan Allah dengan Ilmu yang tinngikan lin..kemajuan teknology telah merubah segalanyakan..syukur dengan apa yang kita ada sekarang..

syukurr lah nikmat Allah beri..alhamdulilah

Popular Posts

Back To Top