w a n n u r s y a r i f a h

HEBATNYA DOA


assalamualaikum,saie kongsikan apa yang ada dalam android saie nim.nim app koleksi doa2 yg saie install dari store app.semoga bermanfaat buat kita ^_^

Sabda Rasulullah s.a.w : “Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat” (Ad-Dailami)
KEHEBATAN DOA…
Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar
dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat
lalu para malaikat menghadap Allah SWT;
“Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, menga…pa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.
“Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.
“Lalu, bagaimana Engkau memaku bu
mi Wahai Rabb?” Tanya malaikat lagi.
“Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah. Setelah itu, Allah terus menciptakan
gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar
setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya.
Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku
merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu
gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;
“Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?”
“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?” Tanya malaikat.
“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.
“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?” Sambung malaikat.
“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus.” Jawab
Allah lagi.
“Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?”
Malaikat bertanya lagi.
“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu
mengubah takdir-Ku.” Demikian Allah SWT menjelaskan..
Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!
Sumber: Hadis Qudsi

Tag : DOA
0 Komentar untuk "HEBATNYA DOA"

Popular Posts

Back To Top