w a n n u r s y a r i f a h

FAKTA MENGENAI WANG KERTAS

Benar, kerajaan mencetak wang kertas kita. Tetapi itu hanya mewakili 3% dari jumlah wang
dalam negara. Sebahagian besar wang dicipta melalui pinjaman bank komersial.
Kini mari kita andaikan wang kertas dalam negara bermula “$0″ untuk memudahkan
pemahaman ke atas sistem ciptaan wang di dalam ekonomi negara dan peranan bank
negara serta komersial.

Peringkat 1: Wang permulaan “$0″
Anda pegawai tinggi kerajaan berpendapatan $10,000 . Dari manakah kerajaan mendapatkan
$10,000 untuk membayar gaji anda memandangkan wang di dalam negara “$0″?

Peringkat 2: Kertas Ditukar Kertas, menjadi Wang
Pinjaman! Kerajaan mengeluarkan bon (I.O.U) dan meminjam dari Bank Negara. Kini, dari
manakah Bank Negara mendapatkan $10,000 kera na wang dalam negara masih lagi “$0″?
Bank Negara melakukan “magik” dengan menukarkan kertas kosong menjadi $10,000, dan
nilai ini semata-mata bersandarkan janji kerajaan membayar hutang.
Sistem magik ini berlanjutan kepada Bank Dunia tetapi dipermudahkan pada peringkat ini
untuk pemahaman awal sistem “ciptaan wang riba” ini.
Kesimpulan awal ialah wang atau “bank note” ialah “hutang“; hutang kerajaan dan
kemudian daripadanya termasuklah hutang rakyat.

Peringkat 3: $10,000 pertama dalam negara
Kerajaan membayar $10,000 dan anda mendepositkannya ke bank.
Jika wang dibelanjakan, situasinya sama kerana Penjual mendepositkannya $10,000 ke
bank. Kini wang telah wujud dalam negara dan berjumlah $10,000.

Peringkat 4: Sistem rizab dan riba berganda-ganda
Berdasarkan simpanan $10,000 ini, bank menjadikan 10% atau $1,000 sebagai rizab Bank
Negara . Akibat daripadanya bank diberi kelulusan mencipta wang baru bersamaan gandaan
90% ($9,000) sebagai pinjaman baru. Wang ini tidak dicetak tetapi sekadar jumlah yang
direkodkan dalam sistem perbankan.
Dakwaan bank memberikan pinjaman dari simpanan pendeposit adalah penipuan! Ini kerana
jika jumlah wang dalam negara $10,000 dan jumlah sama dipinjamkan kembali, bagaimana
bank berupaya mendapatkan tambahan wang untuk menanggung kos pentadbiran dan
bayaran dividen pendeposit?
Jika bank membayar dividen $1,000 maka jumlah wang mestilah $11,000. Oleh itu
bagaimana bank berupaya mendapatkan $11,000 sedangkan wang di dalam negara hanya
$10,000? “ …Of course, they (bank) do not really pay out loans from the money they receive
as deposits. If they did this, no additional money would be created… ”; ( Modern Money
Mechanics from The Federal Reserve Bank of Chicago, page 6).
Kedua, bank tidak membayar kembali kepada Bank Negara wang dicipta kerana kesannya
tetap sama, iaitu “ If they did this, no additional money would be created“. Bank sekadar
memastikan akaun aset (bank) dan akaun liabiliti (peminjam) direkodkan secara tepat dan
tiada “NPL” (non performing loan).
It costs 100 billion for ONE egg, not three.
Three eggs cost 300 billion.

Peringkat 5: Ciptaan wang atas angin
Kini Bank meminjamkan wang $9,000 yang baru dicipta kepada Sarimah, dan merekodkan
akaun aset bank menyamai akaun liabiliti peminjam.
Seperti anda, Sarimah mendepositkan ke bank atau berbelanja dan Penjual mendepositkan &9,000 ke bank. Kini jumlah aliran wang dalam negara bertambah daripada $10,000 kepada
$19,000.

Peringkat 6: Rizab yang di “Recycle”
Bagi simpanan Penjual berjumlah $9,000 ini, Bank menjadikan $900 (10%) sebagai rizab dan
berupaya mencipta wang baru melalui pemberian pinjaman sebanyak $8,100, iaitu gandaan
90% daripada rizab $900.
Kini Johari mengambil pinjaman $8,100 tersebut dan membelanjakannya. Penjual
mendepositkan $8,100 dan jumlah wang dalam negara bertambah daripada $19,000 kepada
$27,100.

Peringkat 7: Dari $0 kepada $10,000, kepada $100,000 secara atas angin
Proses bank mencipta wang melalui pinjaman $9,000 dan $8,100 akan berterusan kepada
ciptaan wang baru bagi pinjaman $7,290, $6,561, $5,905, 5,314 dan sehinggalah ciptaan
wang baru melalui pinjaman bertambah daripada $10,000 mencapai $90,000.
Rajah adalah penerangan dikeluarkan Federal Reserve Bank of Chichago (Bank Negara) bagi
menerangkan proses ciptaan wang berasaskan pinjaman $10,000 kepada $100,000.
Pada peringkat ini keseluruhan jumlah wang di dalam negara menjadi $100,000 dan proses
ciptaan wang tidak lagi dapat berkembang.
Kerajaan dikehendaki membuat pinjaman baru kepada Bank Negara agar wang dan ekonomi
negara dapat terus berkembang.

Peringkat 8: Semua akan bankrup tanpa anda sedari!!
Terdapat persoalan penting bagi kaedah ciptaan wang di atas. Sistem di atas menjelaskan
bank hanya mencipta wang “prinsipal“ melalui pinjaman, sedangkan wang bagi membayar
bunga pinjaman tidak dicipta .
Oleh itu dan jika bank menetapkan bunga 10% bagi pinjaman $10,000 untuk tempoh 10
tahun, ini bermaksud kerajaan dikehendaki membayar kembali $20,000 kepada Bank. Jika
keseluruhan pinjaman berjumlah $100,000, maka jumlah yang perlu dibayar kembali ialah
$200,000.

Persoalannya bagaimanakah kerajaan berupaya mendapatkan tambahan $10,000 (atau
$200,000) memandangkan wang bagi membayar bunga tidak dicipta?
Kerajaan boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan tetapi situasinya sama kerana
terdapat negara lain yang akan menanggung jurang kekurangan wang yang lebih besar
untuk menanggung bunga pinjaman mereka.
Sistem ini telah menetapkan jika terdapat satu negara menjadi maju maka pasti terdapat
beberapa negara lain yang akan sengsara dan kebuluran.
Oleh itu kekurangan wang bagi membayar bunga bermaksud kerajaan terpaksa mengambil
pinjaman baru berjumlah $10,000 untuk menanggung bunga pinjaman asal. Namun itu
bukankah pinjaman baru hanya akan mewujudkan bunga yang lebih besar.
Situasi yang sama turut dihadapi rakyat di mana hanya wang “prinsipal” dicipta dan wang
bunga tidak dicipta dan mengakibatkan rakyat terpaksa berebut-rebut peluang
mendapatkan wang yang sedikit di dalam ekonomi.
Jika situasi dihadapi adalah sedemikan rupa, bukankah matlamat akhir sistem ini hanya
akan membankrupkan negara dan rakyat?
Kini dapatkah anda memikirkan kenapa pendapatan semakin tidak mencukupi, dan rakyat
terpaksa terus menerus berhutang? Dapatkah anda kaitkan rasional kerajaan menggesa
bank memberi lebih banyak pinjaman apabila ekonomi mengalami kemerosotan ?
Seperkara yang lebih serius, dapatkah anda memikirkan kenapa negara terpaksa terus
menerus berhutang dengan jumlah mencecah $400 billion dan tidak pernah berupaya
mengurangkan kembali hutang?
Adakah anda sedari setiap bayi yang lahir hari ini pada asasnya secara langsung berhutang
RM16,000 memandangkan hutang negara mencecah RM4 billion dengan populasi 28 juta
penduduk. Mengikut Akta Syarikat 1965, sebuah syarikat boleh dimufliskan jika tidak
berkemampuan membayar RM500, oleh itu adakah hakikatnya Malaysia telah pun menjadi
bankrup?
“ …Nobody was worrying about the country’s $400 billion debt!… ”
sumber
0 Komentar untuk "FAKTA MENGENAI WANG KERTAS "

Popular Posts

Back To Top