w a n n u r s y a r i f a h

BAGAIMANA PUNGUTAN DARI PENDERMAAN DI URUSAKAN? bermula dari sini:

Bagaimana pungutan pendermaan darah di uruskan? bermula dari sini:

IMUNOHEMATOLOGI-Pungutan Dan Pemprosesan Contoh Darah.
Objektif bagi pungutan dan pemprosesan contoh darah ialah memahami dan
mengenalpasti jenis-jenis dan fungsi ujian saingan yang dilakukan pada darah
penderma. Selain itu, mengatahui prosedur untuk pemprosesan spesimen darah dan
memahami kepentingan dalam penyimpanan spesimen darah dengan cara yang wajar.
Definisi bagi penderma allogenik ialah penderma darah daripada seseorang individu
lepada individu yang lain. Plasmaferesis pula ialah proses pengasingan plasma
daripada darah dengan menggunakan mesin khas. Manakala Sitaferesis ialah proses
pengasingan komponen selular darah seperti platlet, eritrosis dan leukosit dengan
menggunakan mewsin khas.
Jenis – jenis penderma ialah allogenik iaitu penderma yang menderma darahnya
untuk individu lain. Aféresis pula penderma yang menderma untuk pengasingan
terus komponen melalui mesin. Manakala autologus ialah penderma yang menderma
darahnya kegunaan dirinya sendiri.
Penjagaan sebelum pendermaan ialah syarat-syarat sebelum penderma menderma
darah. Antara syarat-syaratnya ialah mengambil makanan jika pengambil makanan
terakhir telah melebihi 4 jam. Mengetahui pekerjaan penderma dan memberi nasihat
yang sesuai. Penderma diberi peluang untuk bertanya soalan mengenai prosedur
pendermaan darah dan penderma juga hendaklah memastikan tidur penderma
melebihi 5 jam serta penderma akan ditenangkan.
Pungutan darah ialah langkah-langlah setelah penderma dipilih melalui prosedur
pemilihan penderma. Penderma hendaklah bersedia untuk phlebotomi ( peralatan
seperti BP set, tiub darah dan beg darah yang sesuai ). Prosedur phlebotomi
mestilah dilakukan oleh sesesorang individu perubatan yang terlatih dan dilakukan
di bawah teknik aseptik serta sistem bertutup san steril.
Selepas itu, kawasan yang sesuai dipilih untuk veinpunture. Penderma tidak
seharusnya ditinggalkan tanpa pemerhatian dan penderma hendaklah sentiasa
merasa selesa dan terangkan prosedur. Pastikan tiada komplikasi yang terjadi ketika
proses pungutan darah dilakukan.
Prosedur Phlebotomi dimulakan dengan memilih vena yang sesuai. Kemudian, bersih
dan steril kawasan vena yang telah dipilih. BP cuff atau Tourniquet digunakan
dengan mengikat pada bahagian lengan ( pastikan tidak terlalu ketat ). Jarum
dimasuk ke dalam pembuluh darah pada sudut 30 º dan perhatikan jarum dan tiub
yang dipasang. Kemudian tutup bahagian yang telah dicucuck dengan } gauze ~
steril. Perhatikan jika terdapat tanda-tanda tindakbalas.
Ujian penyaringan ialah ujian-ujian penyaringan yang dilakukan selepas darah
penderma dipungut dan sebelum transfusi darah dilakukan. Antara jenis-jenis ujian
penyaringan ialah pengesahan kumpulan darah, ujian penyaringan Ab, ujian saringan
kumpulan O, dan ujian saringan penyakit berjangkit.
a. Pengesan kumpulan darah
- ABO Typing dilakukan dengan menggunakan Kaedah tiub Direct dan Indrect.
- Ujian Rhesus ( jika negatif, ujian D dilakukan )
b. Ujian penyaringan Ab
- Apabila suatu Ab dikesan dalam ujian Keserasian, atau Ujian Saringan, ia perlu
dikenalpasti secara spesifik.
- Ujian ini untuk mengenalpasti Ab tersebut dengan menggunakan serum yang diuji
dengan beberapa sel yang telah diketahui antigennya ‘ panel cells ’.
c. Ujian saringan kumpulan O
- Ujian saringan Ab hemolisin pada serum penderma kumpulan O perlu dilakukan.
- Jika hemolisin hadir, darah tersebut hanya boleh diberi kepada pesakit / penerima
kumpulan O sahaja.
- Darah kumpulan O yang mempunyai titer kurang 1/50 adalah sesuai digunakan
sebagai darah ‘ O Emergency ’ ( Low Titre ).
- Darah kumpulan O yang mempunyai titer lebih 1/50 digolongkan sebagai High Titre
dan sesuai untuk penerima O.
d. Ujian saringan penyakit berjangkit
- Penyakit sifilis
- Hepatitis B ( HBsAg )
- Hepatitis C ( HCV Ab )
- HIV ( HIV antibody 1&12 )
- Malaria
- Ujian tambahan yang berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain seperti
anti-CMV, anti HTLV 1&2.
Penjagaan selepas pendermaan ialah syarat-syarat yang perlu dilalui oleh perderma
darah selepas derma darah. Selepas menderma darah, penderma tidak boleh
melakukan kerja berat selepas beberapa jam prosedur. Selain itu, penderma tidak
mengangkat objek berat selepas beberapa jam prosedur. Jika pendarahan berlaku
semula di kawasan ‘ veinpuncture ’, tekanan langung digunakan semula sehingga
darah berhenti.
Selain itu, penderma hendaklah mengambil cecair beberapa jam selepas prosedur
sehingga 24 jam. Penderma juga perlu duduk di dalam kawasan penderma darah
sekurang-kurangnya 10 minit selepas prosedur dan tidak merokok sekurang-
kurangnya ½ jam selepas prosedur. Jika terasa pening, penderma hendalah duduk
dan rendahkan kepala atau tinggikan kaki ( baring ).
Kesimpulannya ialah proses pungutan dan pemprosesan contoh darah perlu
dititikberatkan dari kesihatan penderma sehingga ke penjagaan selepas pendermaan.
Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku komplikasi.
0 Komentar untuk "BAGAIMANA PUNGUTAN DARI PENDERMAAN DI URUSAKAN? bermula dari sini:"

Popular Posts

Back To Top