w a n n u r s y a r i f a h

PANJI HITAM

assalamualaikumm...


"Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Tertulis kalimat ‘La ilaha illallah,
Muhammad Rasulullah".[Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menurut Abi Syeikh]
Bendera ini merupakan bendera ciptaan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Adalah sunnah
bagi kita untuk mengamalkannya. Ilmu hadis ini sudah semakin dilupai.Kenapa kita berpecah
belah, antaranya kita masih belum mengikuti Nabi Muhammad SAW sebagai utusan ALLAH
secara menyeluruh.
Para sahabat tidak akan lepaskan bendera ini walaupun mereka akan syahid.Kenapa kita lebih
mempertahankan bendera ciptaan yang lain sedangkan bendera ciptaan Nabi Muhammad SAW
adalah yang terbaik untuk dicontohi dan diamalkan.
Kita lihat sahabat mempertahankan bendera semata-semata mahu mengibarkannya:
"Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang
berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3000
pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin
Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, ”Jika Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib
akan menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan
menggantikan tempatnya.” Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang
baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat
maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius
sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat
samada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari
Rasulullah.Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata
dengan lantang dan berani, ”Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang
kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan
kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi
Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah!
Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.” Kata-kata ini telah
membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk
menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang
bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin
untuk dibayar dengan syurgaNya. Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan
melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik.
Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan
dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid
bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan
membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak
menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib,
seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan
mencederakan tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh
menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari
arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui
Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan
menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua
sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, ”Wahai kaum Muslimin!
Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid
bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus mengetuai
pasukan."

insyaallah nt saie akan update lg psal panji hitam nim
0 Komentar untuk "PANJI HITAM"

Popular Posts

Back To Top